*PENGGUNA ialah istilah luas yang merujuk kepada mana-mana individu atau isi rumah yang menggunakan barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan dalam ekonomi. Konsep pengguna boleh digunakan dalam konteks yang berlainan, dengan itu penggunaannya boleh merujuk kepada makna berlainan.
*PERLINDUNGAN PENGGUNA adalah usaha-usaha memberi perlindungan kepada
pengguna berhubung dengan hak asasi mereka melalui pendidikan dan kesedaran
kepenggunaan untuk kepentingan mereka sebagai pengguna.
HAK-HAK SEBAGAI SEORANG PENGGUNA
Terdapat
lapan hak asasi pengguna yang telah diterima secara global dan diambil kira
ketika undang-undang yang berkaitan dengan pengguna digubal, dipinda atau
dikaji semula. Lapan hak pengguna tersebut ialah:
1.
|
Hak untuk mendapatkan
keselamatan
|
Hak untuk dilindungi
daripada barangan yang dipasarkan atau bekalan perkhidmatan yang membahayakan
kesihatan dan kehidupan pengguna.
|
2.
|
Hak untuk
mendapatkan maklumat
|
Hak untuk dilindungi
daripada iklan atu label yang mengelirukan, tidak jujur atau menyeleweng dan
hak untuk mendapatkan fakta dan maklumat yang diperlukan untuk membuat
pilihan yang tepat.
|
3.
|
Hak untuk membuat
pilihan
|
Hak untuk membuat
pilihan barangan dan perkhidmatan dengan harga perpatutan dan jaminan kualiti
yang memuaskan.
|
4.
|
Hak untuk bersuara
|
Pengguna berhak
untuk menyuarakan pendapat secara individu atau berwakil supaya suara mereka
didengari dan diambil kira dalam penggubalan dasar kerajaan. Pengguna juga
berhak untuk menyuarakan rasa tidak puas hati jika mendapat barangan yang
tidak bermutu atau perkhidmatan yang tidak memuaskan.
|
5.
|
Hak untuk
mendapatkan keperluan asas
|
Hak untuk
mendapatkan keperluan dan perkhidmatan asas yang mencukupi seperti makanan,
pakaian, tempat tinggal, kesihatan, pendidikan dan sanitasi.
|
6.
|
Hak untuk
mendapatkan ganti rugi.
|
Hak untuk
mendapatkan ganti rugi bagi gambaran yang tidak benar, barangan berkualiti
rendah atau perkhidmatan yang tidak memuaskan.
|
7.
|
Hak untuk
mendapatkan pendidikan kepenggunaan
|
Hak untuk
mendapatkan ilmu dan pengetahuan di dalam hal-hal kepenggunaan supaya menjadi
pengguna yang berilmu dan bermaklumat.
|
8.
|
Hak untuk
mendapatkan alam sekitar yang sihat
dan selamat
|
Hak untuk hidup dan
bekerja dalam persekitaran yang segar, tidak mengancam ataupun bahaya serta
membolehkan hidup penuh dengan keselamatan dan keselesaan.
|
*LAGU HAK PENGGUNA*
Hak yang pertama keselamatan
Hak yang kedua mendapat maklumat
Hak yang ketiga keperluan asas
Seterusnya membuat pilihan
Hak yang kelima hak bersuara
Keenam pula alam yang bersih
Seterusnya pendidikan pengguna
Dan hak mendapat ganti rugi
Bijak-bijak pengguna
Bijak-bijak memilih
Siapa yang bijak pilih
Pasti tak kan rugi
KOMEN:
Dari lirik lagu di atas, saya berpendapat bahawa para pengguna adalah berhak dilindungi dari bahaya yang mengancam kesihatan dan keselarnatan jiwa semasa menggunakan barangan dan perkhidmatan. Di samping itu, semua pengguna hendaklah mengetahui hak mereka supaya tidak mudah ditipu oleh penjual yang tidak amanah dan bertanggungjawab. Walaupun pengguna mempunyai hak-hak tertentu, namun hak-hak berkenaan bukanlah diperolehi secara otomatis. Ramai pengguna yang kurang tahu atau kurang mengambil tahu akan hak-hak mereka. Oleh sebab itu, pengguna harus diberi kesedaran bahawa mereka mempunyai hak-hak tertentu dan seterusnya berusaha bagi menjadi seorang pengguna bijak. Tambahan pula, pelbagai insiden yang akan menjejaskan hak dan kepentingan pengguna dapat dikurangkan.
TIPS PENGGUNA BIJAK
~Jangan mudah terpengaruh dengan iklan yang keliru.
~Elakan penggunaan kad kredit kerana anda akan berbelanja lebih dan bersikap boros, bawa wang tunai yang diperlukan ketika membeli.
~Buatlah belanjawan sebelum membeli-belah.
~Bandingkan yang mana satu keperluan ataupun kehendak, keperluan harus didahulukan berbanding kehendak.
~Semasa membeli-belah di pasaraya, pilihlah raga/bakul berbanding troli untuk mengisi barangan, kerana hal ini akan membantu anda untuk bersederhana ketika membeli-belah.
~Lihatlah katalog barangan sebelum membeli belah, belilah barangan yang ada promosi kerana akan berjimat semasa membeli.
~Gunakan beg kitar semula semasa membeli belah, penggunaan beg plastik akan mencemarkan alam sekitar.
~Semak resit pembelian dan jumlah barangan yang dibeli selepas selesai membuat bayaran.
~Belilah makanan yang mengandungi nutrisi yang tinggi, elakan membeli makanan ringan.
~Sentiasa buat bandingan harga barangan dengan kualiti serta kuantitinya, buat pilihan yang bijak, kadang kala yang tinggi kuantitinya tak semestinya tinggi kualitinya.
~Periksa keadaan barang sebelum membelinya, lihat keadaan fizikalnya dalam keadaan baik atau tidak, periksa kuantitinya supaya cukup seperti maklumat dalam label.
~Gunalah kenderaan awam untuk ke kampus atau ke tempat kerja, lebih menjimatkan kos, mengurangkan kesesakan jalan raya serta mesra alam.
~Jika membeli-belah di atas talian ’online’ pastikan kesahihan pembekal dan berhati-hati apabila melakukan transaksi wang.
~Pastikan label harga tertera pada barangan.
~Pastikan label harga tertera pada barangan.